Gambar Yang Menipu Seluruh Internet


Gambar panda yang menaiki pesawat dari China ke Amerika telah berjaya menipu ribuan orang. Tetapi kepada yang mempercayainya pasti tidak tahu bahawa panda ini tidak benar.

'Bila kamu lihat gambar ini, kamu pasti sedang melihat lelaki sedang duduk bersebelahan dengan panda yang besar. Tapi cuba teka, ia bukanlah patung. Ia memang adalah orang yang menyamar sebagai panda yang duduk di kelas pertama'.


Kembar 3 Yang Berjarak Usia 11 Tahun


Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu.

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

Raja Lawak Rehat Saiful Apek

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 44, direhatkan sebagai juri tetap program realiti Raja Lawak musim ketujuh selepas dia bersama tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, keputusan untuk merehatkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak terkenal itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.

“Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai,” katanya.

Nizam berkata, Astro tidak pernah menggantung atau menggam mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka tanpa alasan kukuh.

Saiful Apek



Sepupu Kesepian Menggoda



Saya pemuda berusia 21 tahun dan tinggal bersama sepupu perempuan berusia 34 tahun.

Sepupu sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia 14 tahun. Suami sepupu pemandu lori dan selalu tiada di rumah.

Saya tidak selesa tetapi tiada pilihan kerana sedang mencari kerja di Kuala Lumpur. Jimatkan kos, saya terpaksa membiasakan diri. Tidak sedapnya, sepupu saya sering mengadu kesunyian.

Saya tidak mengendahkannya tetapi kebelakangan ini luahan dan suaranya kedengaran berlainan. Sepupu seperti ingin menggoda.

Perlukah saya berpindah atau mengabaikan saja sikap sepupu ‘terlebih mesra’ itu?

UJANG
Sentul, Kuala Lumpur


Tidak manis apabila lelaki berdua-duaan dengan wanita bersuami biarpun mempunyai kaitan sepupu. Daripada segi hukum, sepupu saudari bukan mahram dan situasi yang mana dia tinggal di rumah tanpa kehadiran suami boleh menyebabkan sesuatu tidak elok berlaku.

Saudara sendiri berkata sepupu mengadu kesunyian serta seperti cuba menggoda mampu mendorong kepada kemungkinan berlaku zina. Sebelum perkara itu berlaku lebih baik mencegah.

Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 32, “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” Nyata antara sebab kukuh saudara perlu memandang isu ini lebih serius dan pilihan paling baik ialah berpindah.

Baik menumpang kenalan lelaki mahupun mencari rumah sewa sesuai meskipun terpaksa bersusah. Berkorban wang ringgit mahupun keselesaan adalah lebih baik, daripada kehilangan maruah serta iman.

> sumber


Pembunuh Datuk Sosilawati Digantung Sampai Mati

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

TIGA tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R Matan (kiri), T Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

ANAK pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi dikerumuni wartawan selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, empat individu bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

PEKERJA memunggah ratusan fail dari pejabat peguam untuk dimasukkan ke dalam lori, sambil diawasi pegawai penyiasat di pejabatnya di Jalan Alam Shah berhadapan IPD Kuala Langat. Peguam yang juga suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dekat Ladang Gadong, Tanjung Sepat, ditahan semula dipercayai untuk memohon pada mahkamah lanjutan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilapor hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya

ANGGOTA PDRM dari Unit Gerakan Marin menemui pisau ketika membuat operasi menyelam bagi mencari senjata dan barangan milik mangsa di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah.


Segmen Follow2x By HOT MASA KINI


Assalamualaikum & salam 1 blogger..

Kepada rakan-rakan blogger yang mahu tambah jumlah followers serta tingkatkan trafik blog,boleh join segmen ini.Aku punya followers pun tak lah banyak sangat,itu yang buat segmen ni di samping dapat tambah kenalan baru.

Syarat-syarat very simple :

Follow Blog HOT MASA KINI

Buat entri bertajuk"Segmen Follow2x  By HOT MASA KINI"

Copy banner di atas dalam entri korang

Lau dah siap,tinggalkan link entri korang tu di ruang komen aku


Untuk lebih ummpph !! blogwalking dan follow rakan-rakan yang lain.Semoga sama-sama dapat tambahkan followers dan tingkatkan trafik blog masing2..mana taw sekali refresh,bertambah 2-3k followers. :-)


Selamat Join Semua !!