Pembunuhan Kejam Menggunakan Penukul

      Pembunuhan Kejam

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Anak yang baru dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat dicorakkan oleh orang tuanya.

Anak tersebut tidak membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah”.

Jadi sebagai manusia yang layak mereka harus memikul tanggungjawab untuk menjaga anak-anak ini.
Namun, berlainan pula dengan manusia berhati binatang ini, mereka sanggup mendera dengan memukul kepala anak-anak ini dengan penukul!

Paparan di bawah ini menunjukkan gambar abang yang berusia 4 tahun bernama Maximilion dan adik perempuannya, Saga, 1 setengah tahun dipukul dengan pengetuk berulang-ulang kali.

Pembunuh mereka merupakan kekasih kepada ayah tiri kanak-kanak berkenaan.
Wanita yang membunuh itu adalah Christine Schurrer, yang lahir pada 30 Jun 1976 (37 tahun) dan merupakan warganegara Jerman.Manakala kanak-kanak serta ibunya berasal dari Sweden.

Menurut laporan Dailymail.uk, ibu kepada kanak-kanak ini turut cedera selepas diserang Christine akibat motif cemburu.Lihat saja wajah kanak-kanak ini..Walaupun kejadian ini berlaku sekitar Mac 2008, namun berita mengenainya masih banyak mendapat liputan media.

Ini kerana perkara seumpama ini amat jarang berlaku dan hanyat dilakukan oleh manusia tidak berperikemanusiaan saja.Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah mereka menahan sakit sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Pembunuhan Kejam

Pembunuhan Kejam
ketika mereka masih hidup

Pembunuhan Kejam
pembunuh

1 comment:

  1. wah sunggung kejam ini orang semoga alloh menyadarkan ibunya

    ReplyDelete