Sepupu Kesepian Menggoda



Saya pemuda berusia 21 tahun dan tinggal bersama sepupu perempuan berusia 34 tahun.

Sepupu sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia 14 tahun. Suami sepupu pemandu lori dan selalu tiada di rumah.

Saya tidak selesa tetapi tiada pilihan kerana sedang mencari kerja di Kuala Lumpur. Jimatkan kos, saya terpaksa membiasakan diri. Tidak sedapnya, sepupu saya sering mengadu kesunyian.

Saya tidak mengendahkannya tetapi kebelakangan ini luahan dan suaranya kedengaran berlainan. Sepupu seperti ingin menggoda.

Perlukah saya berpindah atau mengabaikan saja sikap sepupu ‘terlebih mesra’ itu?

UJANG
Sentul, Kuala Lumpur


Tidak manis apabila lelaki berdua-duaan dengan wanita bersuami biarpun mempunyai kaitan sepupu. Daripada segi hukum, sepupu saudari bukan mahram dan situasi yang mana dia tinggal di rumah tanpa kehadiran suami boleh menyebabkan sesuatu tidak elok berlaku.

Saudara sendiri berkata sepupu mengadu kesunyian serta seperti cuba menggoda mampu mendorong kepada kemungkinan berlaku zina. Sebelum perkara itu berlaku lebih baik mencegah.

Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 32, “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” Nyata antara sebab kukuh saudara perlu memandang isu ini lebih serius dan pilihan paling baik ialah berpindah.

Baik menumpang kenalan lelaki mahupun mencari rumah sewa sesuai meskipun terpaksa bersusah. Berkorban wang ringgit mahupun keselesaan adalah lebih baik, daripada kehilangan maruah serta iman.

> sumber


No comments:

Post a Comment