Jana Duit Melalui Blog Dengan Sponsor Post

duit,wang kertas

Ramai yang bertanya, boleh ke jana duit melalui blog dengan sponsor post? Macam mana nak dapatkan sponsor post? Berapa bayaran yang diterima? dan sebagainya. Memang tidak dinafikan, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog dengan menyiarkan sponsor post dengan beberapa syarat. Antaranya ;

> Blog anda memiliki trafik yang tinggi dan memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh advertiser
> Blog berbahasa Inggeris dan mempunyai internasional trafik lebih mudah mendapat kelulusan
> Kelebihan menulis dalam Bahasa Inggeris
> Blog anda di optimize sepenuhnya (professional looking blog)
> Content yang berkualiti
> Mempunyai kemahiran asas untuk melakukan research bagi setiap tugasan supaya post anda tidak ditolak dan sebagainya.

Tetapi, anda perlu bersedia kerana kemungkinan besar blog anda akan di penalized oleh Google sekiranya anda banyak meyiarkan sponsor post. Menurut Federal Trade Comission (FTC) 2009, setiap pemilik blog, publisher mesti disclose setiap link, post, produk, iklan dan semua yang berkaitan dengan aplikasi pihak ketiga yang wujud di blog masing-masing secara jelas untuk mengelakkan pengguna daripada tertipu.

Di mana Anda Boleh Dapatkan Sponsor Post?

Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, terutamanya kriteria yang kedua,.. anda boleh memohon di 5 laman seperti berikut;

Apabila anda mendaftar sebagai Publisher di ReviewMe, pihak pengiklan (Advertiser) akan memilih Publisher blog-blog dan laman web yang paling sesuai dengan keperluan mereka dan kemudian menawarkan sponsor post untuk disiarkan dan anda boleh memilih untuk menerima atau menolak setiap tawaran yang dikemukakan oleh Advertiser. Anda akan dibayar sekitar $ 20.00 – $ 200,00 untuk sponsor post lengkap yang disiarkan di blog anda. Pendaftaran adalah percuma.

PayPerPost merupakan salah satu laman yang paling popular untuk sponsor post. Pendaftaran adalah percuma, dan sebagai Publisher, anda boleh menetapkan harga untuk setiap post atau bilangan perkataan. Sekiranya blog anda mendapat kelulusan, apa yang perlu dibuat ialah mencari peluang yang ditawarkan. Bayaran akan dilakukan melalui akaun PayPal.

3. SponsoredReviews

Kelebihan SponsoredReviews ialah anda berdaftar secara percuma sebagai Publisher dan berpeluang untuk mencari tawaran terbuka yang diberikan oleh Advertiser atau Advertiser sendiri yang akan memilih anda untuk menerbitkan sponsor post mereka sekiranya menepati kehendak mereka. Apabila anda bersetuju untuk menerima sesebuah tugasan, ia mesti disiapkan dalam tempoh masa 7 hari dan bayaran akan dibuat berdasarkan persetujuan antara Publisher dengan Advertiser.

4. SocialSpark

SocialSpark merupakan sebahagian daripada Izea.com, iaitu syarikat yang sama yang menaja PayPerPost. SocialSpark adalah sebuah laman sosial di mana pengiklan boleh memilih blogger dengan lebih terperinci untuk membantu mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui sponsor post atau dengan memaparkan iklan.

Daftar secara percuma dan anda dikehendaki untuk authorize Google Analytics dan Direct Publishing mengikut platform blog anda. Selebihnya, anda hanya perlu mencari post yang anda berminat dan siapkan sponsor post tersebut untuk dihantar kepada Advertiser. Sekiranya diluluskan, post berkenaan akan disiarkan secara automatik di blog anda. Di SocialSpark, sistem yang digunapakai adalah sistem point, dan setiap point yang terkumpul akan ditukarkan ke dalam bentuk tunai.

5. Blogsvertise

Daftar percuma dan segala urusan berkaitan kelulusan, tawaran sponsor post, penghantaran sponsor post dan bayaran akan dilakukan melalui email. Bayaran akan dibuat melalui akaun PayPal.

Selain daripada 5 laman yang menawarkan perkhidmatan sponsor post di atas, masih terdapat banyak lagi laman-laman yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama, antaranya ialah; Blogitive, Digital Journal, Social Nexus, Team Mom dan Wise Bread.

[box type="info"] DISCLOSURE : Untuk makluman, admin mobilityworlds pernah menggunakan khidmat dari PayPerPost, SocialSpark dan Sponsored Review. Semua link yang disediakan di atas tidak ada sebarang affiliate dengan pemilik blog mobilityworlds.[/box]
Kesimpulan

Sekiranya anda berminat dan merasakan blog anda memenuhi kriteria yang dikehendaki, anda boleh mendaftar dengan mana-mana laman sponsor post di atas. Perlu diingat, blog anda mungkin akan di penalize dan kehilangan PageRank (PR). Untuk mengelakkan daripada situasi berkenaan, anda digalakkan untuk memilih SocialSpark kerana ia merupakan satu-satunya yang mematuhi sekatan Google dan melakukan pendedahan sepenuhnya.

Sumber Asal : http://mobilityworlds.com/jana-duit-melalui-blog-dengan-sponsor-post#ixzz2P0CimvFL

2 comments:

  1. Tapi rasanya ini utk blog berbahasa Inggeris saja betul tak?

    ReplyDelete