Zain Saidin Nafi Bakal Berkahwin Julai Depan

Zain Saidin,rozita che wan,gambar zain saidin dan rozita che wan,gambar zain saidin,gambar rozita che wan

27 Feb – Terkejut dengan berita yang disiarkan semalam yang mengatakan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal berkahwin pada Julai depan, pelakon Zain Saidin tampil menafikan yang mereka akan berkahwin pada Julai nanti.

"Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. Insya Allah, seperti yang dirancang, kami akan bernikah pada hujung tahun ini," katanya kepada Media Hiburan.

Zain, 29, berkata, dia sendiri terkejut apabila kekasihnya, Rozita Che Wan, 42, menyatakan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Julai.

Sementara itu, Zain memberitahu bahawa mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Buat masa sekarang, belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja," jelasnya yang turut memberitahu dia masih lagi menjalani kursus perkahwinan.

sumber

1 comment:

  1. semoga hubungan mrk kekal hingga ke jinjang pelamin Aamiin..

    ReplyDelete