Shila Amzah Serah Jodoh Kepada Allah

shila hamzah,gambar shila hamzah

27 Feb – Selepas kemulut cinta dengan Sharnaaz Ahmad, penyanyi popular Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk enggan dirisik oleh mana-mana lelaki buat masa ini. Sebaliknya, beliau hanya menyerahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T.

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula."

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik, malah kini sudah nampak hikmahnya," ujarnya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Shila yang ditanya sama ada lagu terbarunya 'Masih Cinta dan Cinta Hati' ditujukan kepada Sharnaaz enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

"Saya tak nak komen hal itu. Sekarang, saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka akan diriliskan pada Mei ini."

Dalam perkembangan lain, Shila bakal ke Tanah Suci, Mekah bersama keluarganya pada bulan Mac depan bagi mengerjakan ibadah Umrah.


1 comment: