Saintis Jepun Berjaya Membuat Tahi Menjadi Makanan

tahi.saintis.makanan.jepun,tahi jadi makanan,makanan dari tahi,najis

Mitsuyuki Ikeda ,saintis dari Okayama Laboratory yakin bahawa banyak protein bagus di dalam tahi manusia yang boleh dimanfaatkan. Untuk itu, ia mencari cara untuk mengekstraknya, mencampurkannya dengan sos steak, dan berjaya membuat tahi itu menjadi makanan .

Orang mungkin bertanya-tanya apa alasannya melakukan hal itu. Tetapi ternyata, alasan utamanya adalah permintaan dari kerajaan Tokyo sendiri. Sebagai maklumat, Tokyo saat ini mewah dengan sisa najis bawah tanah, dan satu-satunya cara untuk mengatasinya selain dengan membuang ke laut adalah dengan memakan 'kotoran-kotoran' tersebut.

Saat diteliti, Ikeda mendapati bahawa kotoran itu penuh dengan protein kerana banyaknya kandungan bakteria di sana. Setelah digabungkan dengan peningkat reaksi dan menempatkannya di mesin ajaib yang disebut 'eXpLoDeR', akhirnya steak buatan berjaya dibuat. Lumpur kotoran itu mengandungi 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, 3 peratus vitamin yang larut dalam lemak, serta 9 peratus mineral.

Adapun steak buatan yang dihasilkan pun warnanya juga merah, jadi pengguna tidak akan mengetahui bahawa yang akan ia makan merupakan najis olahan. "Dari uji pertama, orang-orang yang sudah mencuba menyebutkan, rasanya seperti daging lembu," sebut Ikeda, seperti dikutip dari Digital trends.

Menurut Ikeda dan rakan-rakannya, cara ini merupakan penyelesaian sempurna untuk mengurangkan jumlah sisa dan pelepasan dari perut. Namun sayangnya, masih ada kekurangan dari penyelesaian yang ditawarkan Ikeda. Bayaran untuk menghasilkan 'daging' buatan itu 10 hingga 20 kali lebih mahal berbanding dengan harga daging lembu sebenar.



4 comments:

  1. Dah takde makanan lagi ke......sebab tu Tokyo punyai kos sara hidup yang tinggi

    ReplyDelete
  2. makin maju manusia makin terkebelakang pula jadinya. mana boleh makan tahi, kan najis tu.....entah apa-apa.lupa pula saintis tu bukan islam.

    ReplyDelete