Dilema cinta tiga segi seorang remaja

cinta tiga segi,cinta,curang,awek melayu,kapel melayu,love

SAYA berusia 20-an dan bekerja di sektor awam. Akhir tahun lalu saya bertunang dengan jejaka pilihan setelah berkenalan empat tahun.

Sebulan lalu, kami bergaduh dan tunang akhirnya mengaku menjalin hubungan dengan wanita lain yang lebih memahaminya.

Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan memujuknya supaya jangan tinggalkan saya. Beberapa minggu kemudian kami berbaik semula tetapi pada masa sama, dia tidak sanggup melepaskan teman wanitanya.

Dia berjanji akan berkahwin dengan saya, tetapi saya perlu terima teman wanitanya. Saya tertekan dengan permintaannya tetapi masih sayangkannya.

Saya berharap dapat terus bersamanya tetapi jiwa saya terseksa kerana terlalu banyak bertolak ansur.


*Terus menjeruk hati melihat tunang bersama wanita lain tidak harus berlaku.
Apatah lagi, saudari terus merayu kerana tidak sanggup melepaskannya, menyebabkan ego tunang melangit tinggi sehingga sanggup mengugut saudari supaya merestui hubungan dengan kekasih gelapnya.

Dalam situasi ini, terus terang saya tidak setuju. Ini kerana apa ertinya pertunangan atau cinta andainya hubungan itu hilang manisnya.

Bayangkan saudari perlu berdepan situasi ini selepas berkahwin. Saya khuatir terlalu memendam rasa akan mencetuskan gelojak perasaan ingin memberontak melihat suami bermadu kasih dengan kekasih barunya.

Tanpa disedari, cinta tiga segi ini boleh mencetuskan tragedi atau tidak mustahil saudari sanggup melakukan tindakan luar batasan kerana ingin melepaskan marah.

Bukan niat saya mendorong saudari berfikir pesimistik mengenai hubungan dengan tunang, tetapi tidak mahu saudari terus tertekan dengan permintaan karutnya.

Tidak dinafikan dalam hubungan cinta ada gembira dan duka, tapi ia tidak bermaksud saudari perlu terus membiarkan diri dipermainkan. Ada kalanya untuk menemui cinta sejati, kita juga perlukan korbankan cinta.


1 comment:

  1. sy pun x setuju kalau saudari tu memendam rasa je. ni belum kawin lagi..kalau dh kawin nnti mcm mana agaknye ye..

    ReplyDelete