Cara tambah berat badan

Cara tambah berat badan-HOT MASA KINI
                                                                                                      
Kalau saya post pasal nak turunkan berat badan, memang ramai je yang berminat... Tapi dalam semua tu, terdapat juga segelintir yang nak naikkan berat badan... Sebab kata mereka, melahap bukan main, tapi kurus kering juga... Ada pula yang tidak ada selera nak makan...

Ramai yang mengatakan, seseorang itu kurus sebab metabolismanya tinggi.. Genetik katanya... Ada pula kata, makanan yang dimakan tidak di hadam dengan lengkap.. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu apa sebabnya tapi menurut pembacaan saya, ini merupakan beberapa sebab yang agak logik:-

1. Pemakanan harian tidak mencukupi - Ada diantara 'hardgainers' ni kurang makan dan mereka tidak sedar akan hal ini.

2. Pilihan makanan yang salah- Ada yang suka makan salad, sayuran sahaja, pastu makan nasi sikit je... memang ini memang pemakanan yang sihat tapi ia tidak akan menambah berat badan. Perlu makanan berkalori padat seperti nasi, kekacang.

3. Aktiviti harian yang terlalu Banyak- Kerja yang menggunakan kekuatan fizikal akanmembakar banyak kalori yang dimakan. Jika tidak banyak makan, anda tidak akan dapat meningkatkan berat badan.

4. Cara senaman yang salah- Untuk nak menambah berat badan, senaman yang boleh menambah otot lebih sesuai dibandingkan dengan cardio. Memang boleh dan penting tambah senaman Cardio tapi janganlah keterlaluan sehingga 45 minit pada satu sesi.

5. Masalah kesihatan- Penyakit seperti hyperthyroid akan menyebabkan penurunan berat badan yang banyak kerana ketidakstabilan hormon. Biar pun banyak mana pesakit makan, makanan akan dibakar dengan cepat sekali.

Dari segi pengambilan vitamin pula... Saya tidak dapat gerenti ia boleh menambah berat badan kerana menambah berat badan ni perlu pemakanan yang cukup terutamanya karbohidrat dan protin.. Namun kalau nak tingkatkan selera atau 'appetite makan', atau ada masalah makanan tidak diserap dengan baik, pengambilan vitamin mungkin boleh membantu...

Memang sudah dikenali ramai bahawa Vitamin B complex dapat membantu meningkatkan selera makan. Sebenarnya B complex ni bagi signal pada badan sekiranya kita tidak mempunyai cukup gula untuk dibakar menjadi tenaga. Signal tu adalah rasa lapar.. Kalau dah rasa lapar tu, makanlah banyak2...

Selain dari B complex, saya juga ingin rekomend multivitamin untuk menyokong nutrisi harian dan tidak lupa juga Alfalfa sebagai detox seluruh badan agar penyerapan vitamin atau nutrisi makanan lebih berkesan... Tambah protein lagi bagus sebab ia akan membantu membina otot masa bersenam... Ok itu sahaja untuk hari ni k.

2 comments:

  1. n3 Unic.. laen drp yg laen . bleh try nie . :P

    ReplyDelete
  2. last year sy kira tinggi sy, 166cm, berat sy yang terlatest 35kg, tinggi sy cek latest ni, baru lg sy pg timbang semalam... orang cakap sy kurus sbb cacing, parasit dalam perut sy.. btw, memang sy sibuk pun kat u, mujur cuti skaran, kalau x, selama 1 sem la sy x sentuh blog... stu lagi saya kedekut nak makan.. org belanja, baru la melahap mcm kene rasuk.. kalau stiap hari camni, x dapat obespun dapat darah tinggi ngan sakit jantung

    ReplyDelete