Budak Perang Dingin

budak perang dingin,cold war kids,perang,budak

Ni lah kes kalau dah berulang-ulang kali dengar lagu sama. Mula-mula dengar, tak rasa pun best gila. Empat lima bulan yang lalu aku rasa biasa saja. Tapi, bila dah asyik dengar, aku terpaksa bersetuju untuk mengaku, Hung Me Up To Dry, We Used To Vacation, Passing The Hat, Saint John adalah antara 13 tracks yang tak reti-reti nak keluar dari terus berputar di otak aku.

Robbers & Cowards menawarkan seleksi muzik indie yang baru, ada distortion, sedikit blues dan vocal menarik Nathan Willets, yang kadang-kadang sedikit berbau Muse dan white R&B. Hehe..

Cold War Kids, band asal Amerika berkongsi cerita, pendapat dan tangga nada yang nakal lewat album pertama mereka. Bermula dengan cemerlang dan aku dah tak sabar menantikan 'perang dingin' selanjutnya!


No comments:

Post a Comment