Abang lah paling ensem sayang


Tak guna kalau korang pandai macam mana sekalipun tapi korang tak ada karisma dan keyakinan diri yang tinggi. Apa pulak kaitan dengan handsome dan smart? Biasanya apabila korang dah ada 'self-confidence' dan karisma, aura korang akan nampak lebih bertenaga. Contohnya, cuba perhatikan kat shopping complex muka yang macho & baby face. Ramai je kan? Tapi sayang sebab bila jalan pandang ke lantai je. Nampak bonar tak yakin diri tu terbaik.

Malu badan kurus sangat? Perut ada poshbag? Apa ada hal? Kena tau pilih pakaian je. Kalau badan tu besar, lebihkan pakai banyak baju warna hitam untuk nampak lebih kurus dan baju cerah macam putih untuk nampak lebih berisi. Kalau minat baju berjalur, bagi yang badan besar ni kena pakai yang berjalur menegak, nanti baru nampak tinggi dan kurus macam buluh. Bagi yang kurus pulak pakai berjalur melintang. Mesti macho der.. Apapun, cuba jangan beli baju yang terlalu besar sampai menggelebeh. Kalau korang hip-hop tak pe jugak, ini dah la menggelebeh, lepas tu rambut skema je, memang nampak nerd! So, cuba cari baju yang jarak antara lengan baju dengan siku ialah 3 jari.

Sikap ni paling penting. Tak guna kalau style dah ada, tapi perangai haram jadah kerek. Kalau dengan orang tak kenal takpe, ini kalau keluar dengan member sendiri pun perangai kerek sebab nak jaga market, sorilah der.. Gua pun rasa macam nak blah je...rasa nk lempang laju2 jer..Kau patut hidup sensorang je. So just cool, calm and relax. Tak perlu nak menggelabah bajet diri tu artis, jadi diri sendiri je lagi baik. Cuba rasa enjoy hidup. Kalau hidup untuk mengurat je, menyesal nanti dah tua baru nak 'huha huha'. Apapun cuba kuatkan soft skill dalam diri tu. Macam mana cara yang betul bila bercakap. Ingat hukum karma, kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita balik. Dan kalau kita taikkan orang, orang akan taikkan kita balik..Apsal kita plak?Koranglah....

No comments:

Post a Comment