APA PERLU BUAT SELEPAS AKAD NIKAH

Setelah berjaya melepasi ijab dan qabul yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan suami dan isteri. Syukur. Semua urusan telah berjalan dengan lancar.


akad nikah

Berikut merupakah beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh pengantin baru sejurus selepas akad nikah.

Sujud Syukur

Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam.

Semasa sujud bacalah zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah. Manakala Imam Syafi’e pulak memilih untuk ucapkan zikir “Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.

niat sujud syukur,bacaan ketika sujud syukur

Untuk kemudahan majlis,sejurus selepas doa dibacakan oleh jurunikah, salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan (jika dilakukan di rumah pengantin perempuan) boleh memberikan isyarat kepada pengantin lelaki untuk membuat sujud syukur dahulu sebelum meneruskan upacara pernikahan yang lain. Pengantin lelaki harus meminta izin terlebih dahulu untuk meninggalkan majlis sebentar, dahulukan kesyukuran anda kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan pernikahan anda.

Solat Sunat Selepas Akad Nikah


Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Niat Solat Sunat Selepas Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa selepas salam

Boleh juga selepas salam dilakukan pula sujud syukur ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan sujud syukur tanpa mengerjakan solat sunat selepas akad nikah tersebut terlebih dahulu. Ia terserah kepada individu/pasangan tersebut untuk melakukan yang mana satu.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).


Solat sunat selepas akad nikah boleh dilakukan bersama jika pengantin perempuan tidak uzur. Dimana pengantin lelaki boleh meminta izin ahli keluarga untuk pengantin perempuan bersembahyang sunat bersamanya terlebih dahulu sebelum meneruskan acara pernikahan yang selanjutnya. Ini kerana segerakanlah solat sunnat dua rakaat selepas nikah. Sujud dan bersyukurlah kepada Allah dan berdoalah mohon kebaikan dan kesejahteraan untuk rumahtanggamu.


Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.

Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa

Saya ingin mengingatkan bakal pengantin sekalian mengenai doa yang ‘perlu’ dibacakan sambil memegang ubun-ubun isteri mu sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).


Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi? Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin. Jadi memandailah sekadar tangan untuk ikut adab orang melayu, melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat.


Isteri bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.

Jangan sibuk untuk berfikir untuk mengambil gambar saja! Semasa bersalam dengan suami, ucaplah 2 kalimah syahadah. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan.


Amalkan kehidupan Islam sepenuhnya insyaallah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan.

TEKNIK BARU PEROMPAK JALANAN-GUNA TELUR AYAM

Pesanan dari PDRM,

Jika korang memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan pasang wiper atau pancut air .

teknik baru merompak,perompak guna telur ayam

Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga korang tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi seakan susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan korang yang akan memaksa korang berhenti.

Disitulah korang akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan .

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

Selamat Pengantin Baru kepada Khairul Fahmi  & Nur Eilunie Natasha,semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat :-)

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

GAMBAR KAHWIN KHAIRUL FAHMI & NUR EILUNIE NATASHA

ROKOK ELEKTRONIK-BAHAYA ATAU TIDAK ?

Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret ni? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet.

Contoh rokok elektronik yang dicipta di China


Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

MEWAH NYA DIA,UNTUNG LAA DAPAT KERETA

kereta sport,kereta mewah,kereta mahal

Owned by Abu Dhabi, an oil billionaire , This stunning car features the newly developed V10 quad turbo with 1,600 horsepower and 2800nm of torque 0-100km/h in less than 2secs, 1/4 mile in 6.89 secs running on biofuel.

That is NOT stainless steel.It is WHITE GOLD.

Siapa Nak iPhone 5 ?

Kira-kira sebulan lepas, saya berpeluang menguji iPhone 5, terima kasih kepada rakan yang sanggup ke Singapura bagi mendapatkan stok tersebut. Sebelum ini, model iPhone terakhir yang saya miliki hanyalah 3GS. Selepas itu, saya kurang menggemari model yang dipasarkan termasuk iPhone 4 atau 4S. Pastinya, iPhone 5 banyak memberikan perubahan kepada gajet iPhone saya.

Tetapi terdapat beberapa ciri-ciri baru yang saya benar-benar suka. Malah, saya percaya ciri-ciri baru akan membantu mana-mana pengguna untuk menjadi lebih produktif dan boleh benar-benar menjadi dapatkan lebih banyak dicapai dari tapak tangan mereka berbanding sebelum ini.

gadget terkini,iphone 5,phone terbaru

nak tengok iPhone 5 colour lain ?,klik gambar


HARGA: bermula RM2,199 (16GB)
KAD SIM: nano sim
DIMENSI: 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
BERAT: 112g
PAPARAN: 4.0 inci, 640 x 1136 piksel
RAM: 1GB
KAMERA: 8 megapiksel
OS: iOS6
CPU: Dual-core 1.2 Ghz

Nilai: 9/10
Ciri-Ciri: 9/10
Prestasi: 9/10
Rekaan: 8/10
Penggunaan: 9/10

Hasil Ujian: Skrin lebih besar benar-benar menaikkan standard iPhone

Skor: 9/10

CARA HACK DAPATKAN TOPUP PERCUMA MAXIS,DIGI ATAU CELCOM

Assalamualaikum dan salam 1 blogger....

Dua hari lepas saya menerima mesej dari seorang kawan di facebook,dia yang bekerja di syarikat komunikasi dan berkelulusan dalam bidang IT,mengajar bagaimana untuk menambah nilai telefon bimbit setiap bulan secara percuma..tetapi hanya untuk pengguna talian maxis,digi & celcom sahaja..lau xpaham jugak,tgk gambar di bawah ni... Jom! sama-sama berkongsi.

maxis,digi,celcom,hotlink,pelan maxis,pelan digi,pelan celcom,pelan prabayar,prepaid,kredit,topup,reload,airtime share



Sila ikut arahan seperti yang dinyatakan di bawah sebelum anda mula:
Boleh diguna pakai untuk 012, 013, 016, pengguna 019 dan selainnya. Apa yang pasti teknik ini adalah haram.

Hanya boleh dilakukan ini setiap 12hb dan 13hb setiap bulan kerana pada hari itu pengemaskinian sistem.

** Dail "1415007" menggunakan HP anda dan tunggu selama 5 saat

** Selepas 5 saat, anda akan mendengar beberapa bunyi lucu (Seperti bunyi dari TV apabila siaran selesai)

** Setelah bunyi berhenti, segera dail 9151 diikuti dengan nombor telefon anda.

** Anda akan mendengar mesej "please insert your pin number"

** Masukkan nombor pin "0117 8545 22700 734 2345" dan tunggu untuk mesin suara mengulangi nombor pin tersebut.

** Selepas nombor pin diulang dail "0405 bagi KL, 0404 bagi Kedah 0402 Pulau Pinang, 0401 bagi Selangor, 0801 untuk Sabah dan 0802 bagi Sarawak "

** Anda akan mendengar mesej "for air time top-up press 0000" anda hanya perlu ikut arahan

** Selepas anda mengikuti arahan, bunyi bising akan kembali hadir bagi kira-kira 5 second

** Sekali berhenti bunyi, dail "445514762767" diikuti dengan "555"

** Selepas kira-kira 5 saat, dail "2020#***4451"

** Selepas anda dilakukan, masukkan nombor siri "0117 445227 1145527" dan anda akan mendengar nada dail.

** Bila nada dail berhenti, dail cepat "555000666000" anda akan mendengar " please key in your password

** Kata laluannya ialah "****2 #253 7891* 546322" anda akan dengar mesej "your password accepted" oleh itu serta merta sepantas mungkin anda perlu masukkan nombor HP anda sendiri.

** Anda akan mendengar nada dail, apabila panggilan dijawab, dail "515100763452617829" dan anda akan mendengar "re-confirm emey number".

** Apabila anda mendengar mesej itu, dail 6011556 2245334###6474**890 diikuti dengan nombor HP anda.

** Selepas beberapa ketika, anda akan mendengar mesej "your pin number is accepted". Dail "100*6*7*100#0#0#100*8*9*100". Anda perlu cepat mendail kerana nombor 100 itu adalah nilai topup anda. (boleh digantikan dengan nilai yang anda mahu). Kelambatan anda menekan nombor tersebut mungkin menyebabkan anda perlu ulang semula dari langkah pertama.

** Selepas itu anda akan mendengar "your emey number is accepted". Terus sahaja dail "0" dan anda akan mendengar "your password is accepted"

** Selepas mesej kedua selesai, segera dail nombor HP anda

**Anda akan menerima mesej

" Sila pergi ke kedai 7Eleven yang berdekatan untuk beli reload. Jangan lupa bawa duit bikin bayar ahh...hihihi!!” hehe.. semua ini hanyalah gurauan semata-mata..

"Jangan Marah taw...nanti x comey muka tu :-)"

EPAL HIJAU,MISTER POTATO DAN WINTER MELON TEA

Asal lewat je lapa..asal lapa je lewat...jom slongkar loker...lau naseb xbaik, jumpa
bedak,perfume,sabun,baju........ermm malam ni naseb agak baik :-)


Kan best lau mcmni selalu..blogging smpai lewat2 pagi pon xpe.. :-)

ADAKAH SEGMEN MEMBURU FOLLOWERS ADA KAITAN 9K PAGEVIEW SEMALAM ??

Assalamualaikum dan salam 1 blogger...

Wow ! tekesima aku jap, tengok PV paling tinggi,tak pernah2 aku dapat PV cecah 9k lebih dalam masa 1 hari :-). Aku pon xtaw mana datangnya trafik kencang tu,mungkin dari "Segmen Memburu Followers"..apa2 pon, thanks kepada yang sudi join segmen aku buat dan untuk pengetahuan korang segmen ni xde nye exp. date,korang leh join bila2 masa jer..ok..

pageview semalam

Kepada yang nak join segmen ini,leh klik banner kat bawah ni,marilah sama2 tingkatkan trafik blog kita dan sedikit sebanyak dapat tambah followers.Yang paling penting,dapat mengenali di antara satu sama lain serta dapat bertukar2 idea demi memeriahkan lagi dunia blogger ni.. :-)


NASIB BAIK ADA PUDING MANGGO N TWISTIES

Mak aiii...laparnya..padahal lewat dh mkn nasi tadi,perut duk panggil2.."agak2 la bai nk blogging sampai pagi pun,aku ko bia kan mcm tu jer"..yela jap, aku slongkar loker tgk ape yang ada ek perut... :-),ala baru nk wt stok musim ujan,dah kena rasmi malam ni... :-)

makanan segera,fasf food

Apa2 pon TQ coz ko prihatin kat aku,ok skrg ko leh sambung blogging :-) stanby nanti aku recall lagi ek...

SENARAI PESERTA SEGMEN MEMBURU FOLLOWERS


First skali aku nk ucapkan thanks bebanyak kepada yang sudi join segmen ni,semoga kita sama2 dapat tingkatkan followers dan trafik blog memasing,hadiah bkn la ukuran pada segmen ni..berlandaskan sikap ingin berusaha dan ggih mencari followers serta tingkatkan trafik blog selaras ngan misi segmen ni "memburu"..Yeah !! chill ! 

Kepada sesiapa yang belum dan ingin join boleh lah klik pada banner di atas..dan kepada yang dh join, korang leh Bw n Follow sesama korang,,,,,senarai peserta akan di update dari masa ke semasa.



                hotmasakini.html


                hotmasakini.html

                hotmasakini.html



                hotmasakini.html



                hotmasakini.html



                hotmasakini.html

                hotmasakini.html


                hotmasakini.html

                hotmasakini.html

                hotmasakini.html


                hotmasakini.html


                hotmasakini.html?m=1

                hot-masa.html




                hotmasakini.html


                hotmasakini.html


                hot-masa.html



                hotmasakini.html


                hotmasakini.html



                hotmasakini.html

                hotmasakini.html




                hotmasakini.html