ATM TEGUR CARA PEMAKAIAN FARID KAMIL DI HARI PERSANDINGAN

12 Dis – Aktor popular Farid Kamil bakal diberi surat teguran daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila dia memakai uniform pasukan keselamatan tanpa kebenaran serta pakaian yang dipakainya pula cacamarba pada majlis resepsi perkahwinannya dengan Diana Danielle.

resepsi farid kamil dan diana danielle,perkahwinan farid kamil,persandingan farid kamil,farid kamil,uniform askar,uniform polis,uniform navy,pakaian seragam,jejaka handsome,lelaki kacak,jejaka tampan

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, menurut Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampur-adukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar."

Oleh yang demikian, pihaknya akan menghantar surat teguran kepada aktor tersebut supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak melambangkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.

"Seluar dan topi yang dipakai Farid adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah pangkat mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula melambangkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya lagi.

farid kamil,uniform askar,uniform polis,uniform navy,pakaian seragam,jejaka handsome,lelaki kacak,jejaka tampan

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan bahawa Farid mungkin bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsinya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya baru-baru ini. 

No comments:

Post a Comment