APA PERLU BUAT SELEPAS AKAD NIKAH

Setelah berjaya melepasi ijab dan qabul yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan suami dan isteri. Syukur. Semua urusan telah berjalan dengan lancar.


akad nikah

Berikut merupakah beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh pengantin baru sejurus selepas akad nikah.

Sujud Syukur

Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam.

Semasa sujud bacalah zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah. Manakala Imam Syafi’e pulak memilih untuk ucapkan zikir “Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.

niat sujud syukur,bacaan ketika sujud syukur

Untuk kemudahan majlis,sejurus selepas doa dibacakan oleh jurunikah, salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan (jika dilakukan di rumah pengantin perempuan) boleh memberikan isyarat kepada pengantin lelaki untuk membuat sujud syukur dahulu sebelum meneruskan upacara pernikahan yang lain. Pengantin lelaki harus meminta izin terlebih dahulu untuk meninggalkan majlis sebentar, dahulukan kesyukuran anda kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan pernikahan anda.

Solat Sunat Selepas Akad Nikah


Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Niat Solat Sunat Selepas Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa selepas salam

Boleh juga selepas salam dilakukan pula sujud syukur ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan sujud syukur tanpa mengerjakan solat sunat selepas akad nikah tersebut terlebih dahulu. Ia terserah kepada individu/pasangan tersebut untuk melakukan yang mana satu.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).


Solat sunat selepas akad nikah boleh dilakukan bersama jika pengantin perempuan tidak uzur. Dimana pengantin lelaki boleh meminta izin ahli keluarga untuk pengantin perempuan bersembahyang sunat bersamanya terlebih dahulu sebelum meneruskan acara pernikahan yang selanjutnya. Ini kerana segerakanlah solat sunnat dua rakaat selepas nikah. Sujud dan bersyukurlah kepada Allah dan berdoalah mohon kebaikan dan kesejahteraan untuk rumahtanggamu.


Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.

Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa

Saya ingin mengingatkan bakal pengantin sekalian mengenai doa yang ‘perlu’ dibacakan sambil memegang ubun-ubun isteri mu sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).


Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi? Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin. Jadi memandailah sekadar tangan untuk ikut adab orang melayu, melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat.


Isteri bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.

Jangan sibuk untuk berfikir untuk mengambil gambar saja! Semasa bersalam dengan suami, ucaplah 2 kalimah syahadah. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan.


Amalkan kehidupan Islam sepenuhnya insyaallah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan.

8 comments:

  1. salam..oppss..lupa nak buat mcm ni masa akad nikah dulu..huhuhuhu..tq for this tips..Daddy Zuki dah follow blog u awal bln ni...ni mesti u x perasan kan? OK..tq sbb follow blog daddy n bersamalah kita berkongsi idea n maklumat. Amin...

    ReplyDelete
  2. salam...balas kunjungan di sini...terima kasih atas peringatan di atas tu...

    ReplyDelete
  3. balas kunjungan n follow. Tqvm ya :)

    ReplyDelete
  4. ohh. macam ni rupanya... thanks.. bagus.

    ReplyDelete
  5. oooo..ok..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsiannya ini.

    ReplyDelete